Showing posts with label chewable vitamin c. Show all posts
Showing posts with label chewable vitamin c. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Tips Bila Dapat Ulser! Ouchh!



Siapa kena pernah ulser??

Tak kira la kat lidah ke, bibir ke, memang sakitkan? Memang nak makan pun hilang selera. Ok. Kalau nak try petua-petua ni pun boleh.

Elakkan makanan masam

Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi.

Vitamin B

Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu  mencegah dan menyembuhkan ulser.

Air dan baking soda

Air dan baking soda yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

Air kelapa

Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser.

Air dan garam

Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.

Gliserin

Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.

Vitamin C

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser.


Siapa yang dah ada supplement vitamin b complex & vitamin c bolehla cepat2 makan..heheh. Siapa yang nak buat stok kat rumah boleh hubungi

Your Trusted Distributor

IDAYU IBRAHIM
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com


Sunday, 21 September 2014

Kisah Dongeng Untuk Anak??? Perlu atau tidak?

Semalam mood rajin mengemas datang. Tambahan masih cuti sekolah, budak 2 orang tu duduk dgn Tokwan dia. Tinggal Zara je dgn ummi dia.


Tengah mengemas bilik anak dara tu, susun rak buku. Habis berterabur semua yer.. Bila teliti balik, banyak betul buku2 Cerita Dongeng.

Ya Allah, rasa bersalah pulak dgn budak2 ni. Dorang lagi kenal Cinderella, Snow White, Mickey Mouse, daripada Model Sepanjang zaman kita Nabi Muhammad S.A.W. 

Kita sendiri pun xtau bila Nabi Muhammad dilahirkan,(maybe ada yg tahu, maksudnye ramai masih x hafal). 

Kita sendiri masih xtahu berapa org sbetulnya anak nabi. Siapa ibu Nabi. Siapa Ibu susan Nabi. Umur berapa Nabi menjadi Nabi dan mendapat Wahyu...

Ya Allah. Rasa dhaifnya la saya ni. Mungkin semenjak pemerintahan British lagi kita dilekakan dengan hiburan. Kelab malam caberet, joget lambak, filem yg menghiburkan sampai lupa pada tugas sebenar kita n tujuan asal kita di muka bumi ni.

Pesanan ni khas untuk saya dan kawan2 yang saya kasihi sekalian.



Bukanlah nak cakap semuanya x elok. tapi usaha kita nak mendedahkan anak kita dengan rasulullah kurang. Lebih banyak cerita dongeng daripada kisah Nabi, sahabat nabi yang ternyata lebih hebat. dan sepatutnya jadi teladan untuk kita umat akhir zaman.

Dengan zaman yang serba mencabar ni, Masha Allah, kadang rasa risau sangat la dengan macam2 hal yang berlaku di dunia ni. hanya Al Quran dan As Sunnah yang dapat kita tinggalkan untuk anak2 kita supaya sentiasa berlandaskan dlm ajaran Islam yang tauhid.

Kita pulak diajar untuk menveritakan bedtime story pada anak2 kita. 



Tahukah anda waktu sebelum tidur adalah waktu paling baik untuk minda kita set kan apa yang ada dalam otak kita untuk jadi lebih positif, berjaya dan kehidupan lebih teratur.

Sebab tu sebelum tidur kita digalakkan baca ayat2 suci al quran, berwudhu, membaca ayatul kursi, selawat, supaya kita tenang, boleh mengawal emosi dan pemikiran kita untuk esok hari lebih segar. Masukkan input/nasihat/rangsangan ke dalam minda separa sedar anak-anak dengan perkara yang kita kehendaki..waktu pagi-waktu dhuha, sebelum anak tidur dan sejurus anak bangun tidur..

Minda bawah sedar ni sebenarnya akan melahirkan ilham. Ilham ni kan benda yang datang secara tiba2 je. Dari Ilham, ianya kan menjadi satu ingatan yang kekal ataupun kalau tak nak, ianya akan jadi ingatan jangka pendek, contohnya proses menghafal nota.

Bukan disogokkan jadi princess, jadi tuan puteri, yang kadang xde point bagi saya. Wallahualam. 

Bagi saya pemakanan juga memainkan peranan. Pemakanan yang baik untuk anak2 lah yang akan develop diri mereka. Air tangan ibu pasti yang terbaik. Bagi saya, suka bagi anak2 saya makan multivitamin, mealshakes dan chewable vitamin c dari shaklee. Sebabnya ianya natural dan tiada bahan tiruan dan tambahan yang lain.


Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 




Keistimewaan Chewable Vita C

  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga


oklah..celoteh untuk hari ni

oh yer, kalau nak anak2 anda dapat khasiat yang baik dan sihat tubuh badan, in shaa Allah, boleh contact saya seperti di bawah ini.


Your trusted distributor,
Idayu Binti Ibrahim
012-5040086