Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

Cramp ketika Hamil???

Masalah cramp ketika hamil adalah masalah biasa bagi wanita hamil. Namun ada juga yang tidak langsung mempunyai masalah sebegini. Kerana pandai menjaga keperluan nutrient dan memahami keperluan badan.

cramp kaki ketika hamil memang amat tidak selesa kan!
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 




Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Cara Atasi Cramp Ketika Hamil


Kejang kaki semasa hamil boleh diatasi dan dielak. Apabila berlaku serangan, apa yg boelh dibuat adalah 
  • Regangkan kaki. Suami bantu untuk tegakkan kaki agar kedudukan kaki dan betis adalah 90 darjah. Pada masa yang sama gerakkan jari-jari kaki. Ibu akan menahan kesakitan buat sementara kerana kesakitan akan beransur-ansur kurang. 
  • Urut otot yang kejang
  • Bila dah semakin kurang, ibu boleh cuba untuk bangun dan berjalan perlahan-lahan.
  • mandi air suam
  • memakai stokin sokongan 


  • Senaman Regangan

  • Ambil Kalsium tambahan
  • mengurut kaki sebelum tidur. boleh minta bantuan suami.
itulah saja info pada hari ini. Bagi anda yang berminat mendapatka konsultansi dari saya sila hubungi saya di 012-5040086







Saturday, 23 August 2014

Dah lama kahwin, masih tak dapat anak lagi...

As salam


Well, isu ni selalu berbangkit kan. Sekarang pulak tahap kesuburan pasangan di Asia mula menurun berikutan, ramai yang lebih utamakan kerjaya.



Kajian yang dinamakan Starting Families Asia dilakukan oleh Merck Serono, sebuah syarikat farmasutikal antarabangsa berpangkalan di Darmstadt, Jerman, mendapati ceteknya pengetahuan sebuah pasangan tentang waktu kesuburan, khidmat kesuburan di hospital, punca kepada masalah ini.




Ada sesetengah keturunan walaupun tanpa ilmu, melahirkan ramai zuriat. Yang macam ni kena kontrol la pulak. Tapi rasanya ilmu memang penting walau dalam apapun keadaan. 

Bila sebut cerita tentang anak/zuriat ni teringat cerita tentang Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim sampai usianya yg senja, terus berdoa dan tidak berputus asa meminta pada Allah supaya dikurniakan zuriat hasil perkahwinannya dgn Sarah. 

Perkahwinan Nabi Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan zuriat yg diberi nama Ismail iaitu Nabi kita. Begitu juga kisah Nabi Zakaria yg telah berumur 100 tahun dan isteri yang mandul. Berkat doa dan kesabaran, isterinya yang mandul melahirkan zuriat yg kita kenali dengan nama Nabi Yahya. 

Daripada cerita ini, kita boleh mengambil pengajaran supaya tidak berputus asa dan teruskan berdoa setelah semua ikhtiar & usaha telah dilakukan. Antara doa yg boleh diamalkan ialah seperti di bawah


Apapun jangan cepat mengalah. Buat pasangan yg baru berkahwin boleh buat research sikit tentang tahap kesuburan dan cara pengiraan subur yang betul. Pengambilan supplement juga merupakan salah satu alternatif pada masalah ini. 

Antaranya ialah GLA COMPLEX. Dia macam epo, tapi 3x ganda lagi elok la. kat sini xnak gunayat saintifik sangat. So, just gunakan ayat yang senang pembaca faham. Macammana GLA ni boleh bantu hamil???


Ok. GLA ni dia tolong wanita meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.



Credit to permatacintaku.blogspot.com for the pic.



So, diharapkan, pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat boleh amalkan apa yang ditulis di sini dan semoga bermanfaat untuk semua. In shaa Allah. Kita hanya merancang, Allah jua sebaik2 perancang...








Untuk pertanyaan dan konsultansi boleh hubungi

Idayu Ibrahim
sms/whatsap/telegram 012-5040086
Facebook Bazaar suppliment anda
Email Bazaarsupplimentanda@yahoo.com.my