Monday, 29 December 2014

Tinggal Berapa Hari je lagi!!! ARghhh..

As salam.

Promosi untuk

 1. Vit C sustained release
 2. Vit E 
 3. Collagen Powder

tinggal beberapa hari je lagi... tension ke x tension??



                        ok... tengok testimoni la pulak...


Ni testimoni untuk collagen powder. Hilang jeragat...



O.K. ni pula testimoni Vit C, Vit E .

berbeza kan?? Kunci untuk jadi macam mereka yang dah berjaya ni, perlu KONSISTEN.

Jangan kejap makan..lusa baru nak start makan balik..seminggu x makan... camtu.. memang susah la kita nak tolong


jadi yang berminat atau nak konsultansi ayu jangan segan..

Whatsapp/telegram

IDAYU IBRAHIM
012-5040086

Thursday, 11 December 2014

Hadiah Kahwin Yang Awesome!

Haaa.. sekarang musim orang kahwin sana sini mesti pening fikir nak bagi apa kan untuk hadiah kahwin???





Kebiasaannya yang selalu orang bagi/ kita bagi set pinggan mangkuk, set teko dengan cawan, set cadar, kipas, iron, dan yang paling besar saya pernah tengok org bagi hadiah Peti Ais. (Hadiah dari PM kita of course la besar ye dak).

Kadang-kadang bila dah buntu nnak mbagi hadiah apa, akhir sekali kita hulurkan 'ang pow' je lah.

Ada jugak yang bagi hadiah unik macam dalam gambar ni :)

Errr.. berguna juga ni. Hadiah kahwin tong gas. ;)



IDEA HADIAH KAHWIN

1. Sejadah  Sepasang. 
- nampak macam idea ni perli pasangan pengantin kan. Tapi sebenarnya sangat membantu mereka yang baru pindah bersama pasangan, kadang-kadang, bila keluarga mertua atau sepupu datang, merka ingin singgah solat, memang sejadah perlu banyak. at least half dozen. So, idea ni memang sangat bagus & praktikal.

2. Buku
- ilmu itu perlu bagi semua orang. Jadi beilah hadiah buku yang sesuai untuk pasangan yang baru membina masjid ini.


3.  Percutian Percuma
- ni memang hadiah paling best kan!! Sebabnya dapat sweet escape dari kepenatan persediaan perkahwinan yang memenatkan.Sesekali dapat pergi ke luar dari kepenatan pasti banyak membantu anda lebih tenang.

4.  Pakej Spa / saloon
- setelah penat dengan kenduri kahwin, pakej spa yang bersesuaian memang membantu menghilankan stress dan memberikan kesegaran pada badan.




5. Travel Bag
- travel bag ni juga berguna untuk pasangan yang baru kahwin. Sebab mereka mungking perlukan beg untuk berbulan madu. Cukuplah beg yang bersaiz sederhana


Comel dan Praktikal
6. Toiletries Bag
- toiletries bag ni juga penting tau. Sebabnya anda perlu menyimpan berus gigi, ubat gigi, pencuci muka. Kadang berus gigi anda masih basah dan takkan nak simpan dalam beg plastik dan beg travel. Jadi disinilah toiletries bag memainkan peranan. Nampak remeh tapi perlu.



7. Water Filter
- water filter memang sangat berguna memandangkan kualiti air sekarang yang makin menyusut. Water filter juga sesuai dihadiahkan pada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga kerana, pasti mereka memerlukan sumber air yang bersih.


SHAKLEE WATER PITCHER

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Shaklee Water pitcher ni boleh klik ---} Shaklee Water Pitcher

ok. Jadi pada yang baru berkahwin Selamat Pengantin Baru. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Seamat mencipta kebahagiaan dunia akhirat. Amiinn.


Your trusted distributor

IDAYU IBRAHIM
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com

Penapis Air Murah Shaklee!

Get Clean Water Pitcher

Ramai yang mendambakan penapis air yang bagus, murah dan senang untuk jaga kan?

Ok. So hari ni, Ayu perkenalkan Get Clean Water Pitcher Shaklee. Shaklee ni bukan ada supplement jer, malah ada juga Penapis air yang murah sangat!!! 

Inilah Penapis Air yang Murah Tu.


Ia Menandingi Jenama Terkemuka Yang lain

Disahkan dapat mengurangkan plumbum, kadmium, merkuri dan bahan cemar yang lain.
Dapat mengurangkan klorin yang mengancam kesihatan
Dapat menuras 303 liter (80 gelen), bagi setiap turasan , 2x ganda lebih dari jenama terkemuka
Sistem penurasan jag air berblok - Karbon isisna semula yang pertama

Pilihan Bijak

Hanya beberapa sen per liter
Tidak perlu pemasangan yang rumit
Tidak perlu pemasangan kepada paip atau mencari punca air
Sangat mudah digunakan. - hanya masukkan air paip dan ready to drink!
Boleh dibawa ke mana-mana anda pergi. 
Ringan
Hadiah yang sesuai untuk orang tersayang
Tidak perlu kuiasa eletrik
Diiktiraf Water Quality Association (WQA)






Starter kit RM 460
Ini pula merupakan bahagian-bahagian lain sekiranya perlu diganti:
Filter (3 pack) RM161
Housing Kit RM103
Pitcher RM225
Berminat hendak mendapatkan air bersih untuk keluarga anda?

Your Trusted Distributor,
IDAYU IBRAHIM
012-5040086
Bazaarsupplimentanda@gmail.com




Wednesday, 3 December 2014

Saya Tak Perlukan Vitamin C!!! Ok Fine.

Ooppsss.. serius ke tak perlu Vitamin C? Ok jom tengok dulu apa dia ascorbic acid a.k.a Vitamin C

Apa Itu Ascorbic Acid?

Macam pernah dengar kan? Macam familiar kan? Ascorbic acid... kat mana pernah tengok ni yer...


Siapa Perlu Ascorbic Acid/ Vitamin C?

Pesakit kanser.



Orang yang banyak minum minuman beralkohol.



Pesakit rheumatoid arthritis.



Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktivit-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C) dsb. 


Pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dsb.



Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.



Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Perokok

Penghidap kencing manis


Ascorbic acid ialah nama bagi VITAMIN C

Rasa macam dah banyak dah makan buah-buahan, sayur-sayuran???

Jom kita tengok berapa banyak badan kita perlukan sehari vitamin C.

Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.

Tanda Kekurangan Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah.Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat baik
  • Mudah selsema/ bersin

Jadi masih rasa anda tak perlukannya?

Jika anda sudah berubah fikiran Jom tengok manfaat Vitamin C pula.

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yangmenghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.



JOM TENGOK APAKATA MEREKA YANG PERNAH AMALKAN

 VITAMIN C






 

Bulan ni Promosi berganda. Memang Shaklee nak suruh 

kita cantik cantik. Promosi Vitamin C & Vitamin E

bestkan!!!




Ok. untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi saya



Your trusted distributor

IDAYU IBRAHIM

012-5040086

BAZAARSUPPLIMENTANDA@GMAIL.COM

Friday, 28 November 2014

Berhenti Merokok Sekarang!!!



Azam nak berhenti dah lama dah. Tapi masih tak boleh berhenti. 

Apa yang best sangat merokok. Baca bawah ni.



Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 



Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.

Banyak sangat kan keburukan merokok ni. jadi kenapa masih nak merokok?

Cakap senang la. 

Memang la. Tapi bila orang yang tersayang asthma, sakit sebab punca dari orang yang hisap rokok, rasanya boleh tak BERHENTI?

LANGKAH-LANGKAH UTAMA UNTUK BERHENTI MEROKOK

a)    Pilih satu tarikh yang anda betul-betul bersedia untuk berhenti. Seeloknya tarikh itu tidak terlalu jauh dari hari anda berniat / tekad untuk berhenti. Contohnya: berhenti dalam masa 3 hari.
 
b)    Niat sepenuh hati bahawa anda percaya diri anda boleh untuk berhenti merokok selama-lamanya tanpa bantuan.
 
c)    Buang segala barang yang berkaitan dengan rokok. Contohnya: lighter.
 
d)    Jangan putus asa sekiranya motivasi anda semakin menurun untuk berhenti dan teruskan mencuba.
 
e)    Cabar diri untuk menjadi contoh kepada orang terdekat. Contohnya: adik-beradik / rakan sebaya.
 
f)     Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan supaya anda lupa / dapat mengurangkan keinginan merokok.
 
g)    Lakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, bermain badminton atau bersenam supaya dapat meningkatkan mood, tenaga dan sekaligus menghilangkan stress akibat ketagihan merokok.
 
h)    Berdoa selalu kepada Tuhan dan ingatkan diri sendiri setiap hari bahawa “Aku bukan lagi seorang perokok”.

Untuk bantuan lain boleh merujuk website TAK NAK


Bagi yang nak mencuba supplement, kalau rasa malu untuk pergi Klinik Berhenti Merokok, boleh cuba supplement dari shaklee. Ramai yang sudah mencubanya dan berjaya BERHENTI. 



 
Berhenti Dengan VIVIX









BOLEH TENGOK VIDEO NI UNTUK LEBIH YAKIN LAGI.

Kalau dihitung-hitung rasa macam mahal sangat je vivix ni. tapi cuba tengok kira-kira bawah ni PLUS dengan kesihatan yang akan anda dapat.

Harga rokok

Setahu saya sekotak rokok premium 20 batang berharga RM16. Dah katanyer perokok tegar, sehari maybe sekotak kot. Kalau nak jimat, maybe boleh tahan 2 hari. Tu belum kira ada yang jenis suka mengepow rokok member kan. 

RM16 x 30 hari = RM480 sebulan (WOW!!!!)
RM480 x 12 bulan = RM5760 setahun (WOWOWOWOW!!!!)

Harga Vivix

Harga runcit : RM475 sebotol
Harga spesel RM430 sahaja (FREE POSTAGE. WOW!!!!)

Dengan hanya membelanjakan sekali je RM430, anda dah tak perlu lagi membelanjakan RM5760 setahun.


Jadi bagi mereka yang dah berazam betul-betul nak berhenti boleh hubungi saya


Your trusted distributor,
Idayu Ibrahim
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com

Friday, 21 November 2014

Idea Sepanjang Cuti Sekolah untuk Anak-anak Anda!

Yeay... Cuti sekolah dah pun bermula. Ibu bapa pula sudah mula memikirkan aktiviti apa nak bagi anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Yelah, risau jugak, buang masa begitu saja. Masa Itu Emas. 




Ingat ibu-bapa, penting membentuk anak-anak semenjak kecil. Peribadi yang terbentuk dari kecil akan dibawa hinga ke besar. Jadi, Berikan tumpuan pada pembesaran mereka agar setiap masa digunakan dengan bermanfaat. In shaa Allah.

Mengikut kajian, apabila kita mulakan tabiat dan kekalkan sehingga 21 hari berturut-turut dan otak akan mendaftakan akhlak itu sebagai tabiat. 

Jadi, cuti sekolah ini memang sangat sesuai untuk manfaatkan untuk membentuk tabiat anak-anak anda. 

Ada kisah seorang ibu yang mengajar anaknya silibus tahun hadapan spanjang cuti sekolah pada anaknya... Hebatkan! Subhanallah...

Apapun kita bukan ingin berlawan-lawan dalam akademik mahupun fizikal rohani. Yang penting sahsiah, dan didikan peribadi yang mulia yang ingin diterapkan sejak dari kecil. 

13 AKTIVITI BERMANFAAT KETIKA CUTI SEKOLAH


1. Kem Motivasi

Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

2. Kem Ibadah


Allah...  nak menitis airmata kan kalau tengok nak kita macam ni.
Credit to yanmieonline untuk pic anak dia yg comel ni.



Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar

3. Klinik Sukan


Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan adik-adik mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran anak masing-masing.




4. Kelas I.T

Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada adik-adik. Mungkin dengan mengikuti kelas-kelas berikut membolehkan adik-adik mahir dalam menghasilkan bahan kreatif multimedia suatu hari nanti.

5. Kursus Bahasa Ketiga 



Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat adik-adik. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

6. Kemahiran Bertukang

Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung. 
7. Kreativiti & Anyaman

Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, adik-adik bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang kreatif dan cantik.

boleh rujuk link ni http://beafunmum.com

8.  Kelas Muzik


Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.

9. Kelas Memasak




Bagi adik-adik perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika anda tinggal di asrama. Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat, teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?

10.  Kelas Menari 

Ini juga adalah satu aktiviti yang menarik. Adik-adik boleh peruntukkan masa cuti sekolah ini dengan belajar menari. Terpulang kepada adik-adik untuk mempelajari sama ada tarian moden, atau tarian tradisional. Sekurang-kurangnya, adik-adik telah menambah satu lagi kelebihan kepada diri adik-adik. Selain daripada tarian yang disebutkan tadi, mungkin adik-adik juga boleh cuba Zumba, aerobik atau tarian kecergasan lain.

11. Melancong Bersama Keluarga



Aktiviti melancong sebenarnya banyak manfaat buat mereka yang masih belajar. Ini kerana banyak pengalaman yang dapat dikumpulkan, cara hidup, sejarah, makanan, bahasa sesuatu tempat itu dapat kita pelajari. 


12. Membantu Membuat Kerja Rumah


Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh anda atau bibik, jadi apa kata di musim cuti sekolah ini dapatkan anak-anak anda untuk turut membantu mengemas rumah dan bilik tidur. Dengan ini anda dapat memupuk rasa tanggungjawab ke atas anak anda.

13. Ulangkaji Matapelajaran Tahun Hadapan

Jangan lupa untuk membuat persiapan persekolahan bagi sesi hadapan. Kemas buku-buku dan siapkan kerja rumah yang telah diberikan guru di awal cuti sekolah ini agar anda tidak lupa dan dapat menikmati cuti sekolah dengan lebih tenang dan kembali ke sekolah dengan penuh motivasi.



Apapun isikan masa cuti sekolah ini dengan sesuatu yang menyeronokkan.  Kesihatan anak-anak, kebersihan juga patut diambil berat. Untuk kecergasan dan mendapatkan nutrien yang lengkap seharian boleh berikan mealshakes, omega guard dan chewable vitamin c untuk anak-anak dan diri sendiri.

credit dhiahaziq.blogspot.com



Selamat Bercuti Buat Anak-Anak dan Ibu-bapa 

Semua!!!



Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Your Trusted Distributor,

Idayu Ibrahim
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com