Ooppsss.. serius ke tak perlu Vitamin C? Ok jom tengok dulu apa dia ascorbic acid a.k.a Vitamin C
Apa Itu Ascorbic Acid?
Macam pernah dengar kan? Macam familiar kan? Ascorbic acid... kat mana pernah tengok ni yer...
Siapa Perlu Ascorbic Acid/ Vitamin C?
Pesakit kanser.
|
Orang yang banyak minum minuman beralkohol.
|
Pesakit rheumatoid arthritis.
|
Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktivit-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C) dsb.
|
Pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dsb.
|
Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.
|
Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.
Perokok
Penghidap kencing manis
|
Ascorbic acid ialah nama bagi VITAMIN C
Rasa macam dah banyak dah makan buah-buahan, sayur-sayuran???
Jom kita tengok berapa banyak badan kita perlukan sehari vitamin C.
Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.
Tanda Kekurangan Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah.Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
- Mudah tertekan ( stress)
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka yang lambat baik
- Mudah selsema/ bersin
Jadi masih rasa anda tak perlukannya?
Jika anda sudah berubah fikiran Jom tengok manfaat Vitamin C pula.
- Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
- Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yangmenghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
- Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
- Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
- Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam ototdan
- sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
- Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
- Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
VITAMIN C
Bulan ni Promosi berganda. Memang Shaklee nak suruh
kita cantik cantik. Promosi Vitamin C & Vitamin E
bestkan!!!
Ok. untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi saya
Your trusted distributor
IDAYU IBRAHIM
012-5040086
BAZAARSUPPLIMENTANDA@GMAIL.COM
No comments:
Post a Comment