Friday, 21 November 2014

Idea Sepanjang Cuti Sekolah untuk Anak-anak Anda!

Yeay... Cuti sekolah dah pun bermula. Ibu bapa pula sudah mula memikirkan aktiviti apa nak bagi anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Yelah, risau jugak, buang masa begitu saja. Masa Itu Emas. 




Ingat ibu-bapa, penting membentuk anak-anak semenjak kecil. Peribadi yang terbentuk dari kecil akan dibawa hinga ke besar. Jadi, Berikan tumpuan pada pembesaran mereka agar setiap masa digunakan dengan bermanfaat. In shaa Allah.

Mengikut kajian, apabila kita mulakan tabiat dan kekalkan sehingga 21 hari berturut-turut dan otak akan mendaftakan akhlak itu sebagai tabiat. 

Jadi, cuti sekolah ini memang sangat sesuai untuk manfaatkan untuk membentuk tabiat anak-anak anda. 

Ada kisah seorang ibu yang mengajar anaknya silibus tahun hadapan spanjang cuti sekolah pada anaknya... Hebatkan! Subhanallah...

Apapun kita bukan ingin berlawan-lawan dalam akademik mahupun fizikal rohani. Yang penting sahsiah, dan didikan peribadi yang mulia yang ingin diterapkan sejak dari kecil. 

13 AKTIVITI BERMANFAAT KETIKA CUTI SEKOLAH


1. Kem Motivasi

Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

2. Kem Ibadah


Allah...  nak menitis airmata kan kalau tengok nak kita macam ni.
Credit to yanmieonline untuk pic anak dia yg comel ni.



Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar

3. Klinik Sukan


Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan adik-adik mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran anak masing-masing.




4. Kelas I.T

Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada adik-adik. Mungkin dengan mengikuti kelas-kelas berikut membolehkan adik-adik mahir dalam menghasilkan bahan kreatif multimedia suatu hari nanti.

5. Kursus Bahasa Ketiga 



Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat adik-adik. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

6. Kemahiran Bertukang

Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung. 
7. Kreativiti & Anyaman

Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, adik-adik bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang kreatif dan cantik.

boleh rujuk link ni http://beafunmum.com

8.  Kelas Muzik


Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.

9. Kelas Memasak




Bagi adik-adik perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika anda tinggal di asrama. Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat, teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?

10.  Kelas Menari 

Ini juga adalah satu aktiviti yang menarik. Adik-adik boleh peruntukkan masa cuti sekolah ini dengan belajar menari. Terpulang kepada adik-adik untuk mempelajari sama ada tarian moden, atau tarian tradisional. Sekurang-kurangnya, adik-adik telah menambah satu lagi kelebihan kepada diri adik-adik. Selain daripada tarian yang disebutkan tadi, mungkin adik-adik juga boleh cuba Zumba, aerobik atau tarian kecergasan lain.

11. Melancong Bersama Keluarga



Aktiviti melancong sebenarnya banyak manfaat buat mereka yang masih belajar. Ini kerana banyak pengalaman yang dapat dikumpulkan, cara hidup, sejarah, makanan, bahasa sesuatu tempat itu dapat kita pelajari. 


12. Membantu Membuat Kerja Rumah


Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh anda atau bibik, jadi apa kata di musim cuti sekolah ini dapatkan anak-anak anda untuk turut membantu mengemas rumah dan bilik tidur. Dengan ini anda dapat memupuk rasa tanggungjawab ke atas anak anda.

13. Ulangkaji Matapelajaran Tahun Hadapan

Jangan lupa untuk membuat persiapan persekolahan bagi sesi hadapan. Kemas buku-buku dan siapkan kerja rumah yang telah diberikan guru di awal cuti sekolah ini agar anda tidak lupa dan dapat menikmati cuti sekolah dengan lebih tenang dan kembali ke sekolah dengan penuh motivasi.



Apapun isikan masa cuti sekolah ini dengan sesuatu yang menyeronokkan.  Kesihatan anak-anak, kebersihan juga patut diambil berat. Untuk kecergasan dan mendapatkan nutrien yang lengkap seharian boleh berikan mealshakes, omega guard dan chewable vitamin c untuk anak-anak dan diri sendiri.

credit dhiahaziq.blogspot.com



Selamat Bercuti Buat Anak-Anak dan Ibu-bapa 

Semua!!!



Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Your Trusted Distributor,

Idayu Ibrahim
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com





10 comments:

  1. terima kasih atas entrinya,,memang setuju apa yang di tuliskan ..hantar anak2 prgi kem lagi-lagi kem ibadah sangat bagus

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga beroleh manfaat.

    ReplyDelete
  3. Yeyy... cuti sekolah kembali lagi ekk!!... hehehe... ermm... masih dalam perancangan laa... blom dapat ilham lagi tuk anak2... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis keje ker... kalau keje mmg kena plan betul2. Takut clash ngan kerja kan..apapun plan yg terbaij ok sis

      Delete
  4. part paling best tu yang menolong kerja-kerja rumah..eheheh

    ReplyDelete
  5. wahh semua aktvti mmg besh dan bermanfaat..mmg elok ni ibu bapa amik tau dan buat utk ank2 mereka.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah kan budak zaman sekarang. Macam2 aktiviti boleh buat nak penuhkan cuti sekolah.

      Alhamdulillah.

      Delete