Thursday, 13 November 2014

Tips untuk mendapatkan bibir merah & mungil.


Bibir selalu menggelupas? Selalu kan kita cabut kulit bibir kadang samapai berdarah.huhuhu. So, boleh cuba tips kat bawah ni supaya bibir selalu je lembap dan merah semulajadi. In shaa Allah.

1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya...

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun...

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya...

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan...

9. Yoghurt

Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah...



SELAIN MENGGUNAKAN ALAMI, BOLEH JUGA MENCUBA VITAMIN E.

Ayu sendiri memang mengalami cahpped lips. Dan baru perasan semenjak consume vit E masalah bibir kering dah kurang dan lembap je. Alhamdulillah.

Jom tengok apa lagi manfaat vit E untuk tubuh badan kita.





Vit E ni pun dikenali sebagai Vitamin Cinta. Sebabnya tak perlu lah dihuraikan sendiri. Sendiri kena sedia maklum.

Oklah. Harap post kali ni bermanfaat yer

Sebarang order sila berhubung dengan ayu durectly.

Your trusted distributor,
Idayu Ibrahim
012-5040086

No comments:

Post a Comment