Hi. Blog ni just perkongsian biasa2. Ada tips dan perkongsian yg mungkin bermanfaat bg sesetengah orang. Semoga bermanfaat...
Saturday, 15 November 2014
Tips Bila Dapat Ulser! Ouchh!
Siapa kena pernah ulser??
Tak kira la kat lidah ke, bibir ke, memang sakitkan? Memang nak makan pun hilang selera. Ok. Kalau nak try petua-petua ni pun boleh.
Elakkan makanan masam
Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi.
Vitamin B
Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser.
Air dan baking soda
Air dan baking soda yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.
Air kelapa
Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser.
Air dan garam
Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.
Gliserin
Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.
Vitamin C
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser.
Siapa yang dah ada supplement vitamin b complex & vitamin c bolehla cepat2 makan..heheh. Siapa yang nak buat stok kat rumah boleh hubungi
Your Trusted Distributor
IDAYU IBRAHIM
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment