Cepatnya masa berlalu kan. Dah masuk Hari Jumaat. hari Jumaat memang semua orang suka. Ada negeri yang cuti hari ni pun.. Bila la Perak pulak nak menyusul...
Oklah. sempena hari Jumaat ni, Ayu nak share apa yang kita perlu buat untuk tambah pahala. Yelah, kita ni dahla banyak dosa, kena la rajin-rajin tambah pahala.
Ni adalah antara amalan yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat. hari Jumaat ni kalau dibuat, sunnah.. iaitu buat dapat pahala..x buat rugi.
1) Berwangi-wangian
Hari jumaat kan kaum adam nak pergi bersolat jemaah. Jadi ada eloknya berwangi-wangian ke masjid. Bukan apa supaya tidak menggangu jemaah lain jika badan kita berbau.
2) mandi Sunat Jumaat
mandi sunat jumaat ni bukan hanya pada kaum adam, kaum hawa pun kalau buat, in shaa Allah dapat pahala sunat.
3) Memakai celak
Kalau nak tahu Rasulullah kita juga memakai celak. Sebab tu kalau tengok tabligh atau ustaz2 ada yang memakai celak sebagai mengikut sunnah nabi.
4) Memotong Kuku
Memotong kuku pada hari Jumaat juga merupakan sunnah. Pada hari Jumaat lah kita seminggu sekali akan ingat nak ketip kuku. Baguskan sunnah nabi ni. Kalau Tak memang tak ingat bila nak potong kuku. At least bila ingat Jumaat kita ingat nak potong kuku.
5) Bersugi
Bersugi atau bersiwak ini adalah untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi kita. Kalau tak silap, sugi ni boleh bagi kebersihan mulut dan tenaga juga elok untuk gusi kita. Kalau di rumah takde kayu sugi, boleh je nak guna berus gigi.
6) Membaca surah Al- Kahfi
Hari Jumaat banyak nya pahala. Kalau baca surah al kahfi pulak kita akan dapat manfaat seperti dalam gambar ni.
7) Membaca Selawat sebanyak-banyaknya.
Kita disunatkan membaca selawat setiap masa. tapi hari Jumaat kita harus perbanyakkan lagi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w kita.
8) Memakai pakaian yang terbaik
Ini juga adalah salah satu sunnah nabi.
No comments:
Post a Comment