Wednesday 4 February 2015

Cramp ketika Hamil???

Masalah cramp ketika hamil adalah masalah biasa bagi wanita hamil. Namun ada juga yang tidak langsung mempunyai masalah sebegini. Kerana pandai menjaga keperluan nutrient dan memahami keperluan badan.

cramp kaki ketika hamil memang amat tidak selesa kan!
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 




Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Cara Atasi Cramp Ketika Hamil


Kejang kaki semasa hamil boleh diatasi dan dielak. Apabila berlaku serangan, apa yg boelh dibuat adalah 
  • Regangkan kaki. Suami bantu untuk tegakkan kaki agar kedudukan kaki dan betis adalah 90 darjah. Pada masa yang sama gerakkan jari-jari kaki. Ibu akan menahan kesakitan buat sementara kerana kesakitan akan beransur-ansur kurang. 
  • Urut otot yang kejang
  • Bila dah semakin kurang, ibu boleh cuba untuk bangun dan berjalan perlahan-lahan.
  • mandi air suam
  • memakai stokin sokongan 


  • Senaman Regangan

  • Ambil Kalsium tambahan
  • mengurut kaki sebelum tidur. boleh minta bantuan suami.
itulah saja info pada hari ini. Bagi anda yang berminat mendapatka konsultansi dari saya sila hubungi saya di 012-5040086







No comments:

Post a Comment