Friday, 28 November 2014

Berhenti Merokok Sekarang!!!



Azam nak berhenti dah lama dah. Tapi masih tak boleh berhenti. 

Apa yang best sangat merokok. Baca bawah ni.



Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 



Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.

Banyak sangat kan keburukan merokok ni. jadi kenapa masih nak merokok?

Cakap senang la. 

Memang la. Tapi bila orang yang tersayang asthma, sakit sebab punca dari orang yang hisap rokok, rasanya boleh tak BERHENTI?

LANGKAH-LANGKAH UTAMA UNTUK BERHENTI MEROKOK

a)    Pilih satu tarikh yang anda betul-betul bersedia untuk berhenti. Seeloknya tarikh itu tidak terlalu jauh dari hari anda berniat / tekad untuk berhenti. Contohnya: berhenti dalam masa 3 hari.
 
b)    Niat sepenuh hati bahawa anda percaya diri anda boleh untuk berhenti merokok selama-lamanya tanpa bantuan.
 
c)    Buang segala barang yang berkaitan dengan rokok. Contohnya: lighter.
 
d)    Jangan putus asa sekiranya motivasi anda semakin menurun untuk berhenti dan teruskan mencuba.
 
e)    Cabar diri untuk menjadi contoh kepada orang terdekat. Contohnya: adik-beradik / rakan sebaya.
 
f)     Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan supaya anda lupa / dapat mengurangkan keinginan merokok.
 
g)    Lakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, bermain badminton atau bersenam supaya dapat meningkatkan mood, tenaga dan sekaligus menghilangkan stress akibat ketagihan merokok.
 
h)    Berdoa selalu kepada Tuhan dan ingatkan diri sendiri setiap hari bahawa “Aku bukan lagi seorang perokok”.

Untuk bantuan lain boleh merujuk website TAK NAK


Bagi yang nak mencuba supplement, kalau rasa malu untuk pergi Klinik Berhenti Merokok, boleh cuba supplement dari shaklee. Ramai yang sudah mencubanya dan berjaya BERHENTI. 



 
Berhenti Dengan VIVIX









BOLEH TENGOK VIDEO NI UNTUK LEBIH YAKIN LAGI.

Kalau dihitung-hitung rasa macam mahal sangat je vivix ni. tapi cuba tengok kira-kira bawah ni PLUS dengan kesihatan yang akan anda dapat.

Harga rokok

Setahu saya sekotak rokok premium 20 batang berharga RM16. Dah katanyer perokok tegar, sehari maybe sekotak kot. Kalau nak jimat, maybe boleh tahan 2 hari. Tu belum kira ada yang jenis suka mengepow rokok member kan. 

RM16 x 30 hari = RM480 sebulan (WOW!!!!)
RM480 x 12 bulan = RM5760 setahun (WOWOWOWOW!!!!)

Harga Vivix

Harga runcit : RM475 sebotol
Harga spesel RM430 sahaja (FREE POSTAGE. WOW!!!!)

Dengan hanya membelanjakan sekali je RM430, anda dah tak perlu lagi membelanjakan RM5760 setahun.


Jadi bagi mereka yang dah berazam betul-betul nak berhenti boleh hubungi saya


Your trusted distributor,
Idayu Ibrahim
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com

Friday, 21 November 2014

Idea Sepanjang Cuti Sekolah untuk Anak-anak Anda!

Yeay... Cuti sekolah dah pun bermula. Ibu bapa pula sudah mula memikirkan aktiviti apa nak bagi anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Yelah, risau jugak, buang masa begitu saja. Masa Itu Emas. 




Ingat ibu-bapa, penting membentuk anak-anak semenjak kecil. Peribadi yang terbentuk dari kecil akan dibawa hinga ke besar. Jadi, Berikan tumpuan pada pembesaran mereka agar setiap masa digunakan dengan bermanfaat. In shaa Allah.

Mengikut kajian, apabila kita mulakan tabiat dan kekalkan sehingga 21 hari berturut-turut dan otak akan mendaftakan akhlak itu sebagai tabiat. 

Jadi, cuti sekolah ini memang sangat sesuai untuk manfaatkan untuk membentuk tabiat anak-anak anda. 

Ada kisah seorang ibu yang mengajar anaknya silibus tahun hadapan spanjang cuti sekolah pada anaknya... Hebatkan! Subhanallah...

Apapun kita bukan ingin berlawan-lawan dalam akademik mahupun fizikal rohani. Yang penting sahsiah, dan didikan peribadi yang mulia yang ingin diterapkan sejak dari kecil. 

13 AKTIVITI BERMANFAAT KETIKA CUTI SEKOLAH


1. Kem Motivasi

Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

2. Kem Ibadah


Allah...  nak menitis airmata kan kalau tengok nak kita macam ni.
Credit to yanmieonline untuk pic anak dia yg comel ni.



Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar

3. Klinik Sukan


Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan adik-adik mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran anak masing-masing.




4. Kelas I.T

Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada adik-adik. Mungkin dengan mengikuti kelas-kelas berikut membolehkan adik-adik mahir dalam menghasilkan bahan kreatif multimedia suatu hari nanti.

5. Kursus Bahasa Ketiga 



Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat adik-adik. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

6. Kemahiran Bertukang

Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung. 
7. Kreativiti & Anyaman

Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, adik-adik bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang kreatif dan cantik.

boleh rujuk link ni http://beafunmum.com

8.  Kelas Muzik


Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.

9. Kelas Memasak




Bagi adik-adik perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika anda tinggal di asrama. Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat, teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?

10.  Kelas Menari 

Ini juga adalah satu aktiviti yang menarik. Adik-adik boleh peruntukkan masa cuti sekolah ini dengan belajar menari. Terpulang kepada adik-adik untuk mempelajari sama ada tarian moden, atau tarian tradisional. Sekurang-kurangnya, adik-adik telah menambah satu lagi kelebihan kepada diri adik-adik. Selain daripada tarian yang disebutkan tadi, mungkin adik-adik juga boleh cuba Zumba, aerobik atau tarian kecergasan lain.

11. Melancong Bersama Keluarga



Aktiviti melancong sebenarnya banyak manfaat buat mereka yang masih belajar. Ini kerana banyak pengalaman yang dapat dikumpulkan, cara hidup, sejarah, makanan, bahasa sesuatu tempat itu dapat kita pelajari. 


12. Membantu Membuat Kerja Rumah


Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh anda atau bibik, jadi apa kata di musim cuti sekolah ini dapatkan anak-anak anda untuk turut membantu mengemas rumah dan bilik tidur. Dengan ini anda dapat memupuk rasa tanggungjawab ke atas anak anda.

13. Ulangkaji Matapelajaran Tahun Hadapan

Jangan lupa untuk membuat persiapan persekolahan bagi sesi hadapan. Kemas buku-buku dan siapkan kerja rumah yang telah diberikan guru di awal cuti sekolah ini agar anda tidak lupa dan dapat menikmati cuti sekolah dengan lebih tenang dan kembali ke sekolah dengan penuh motivasi.



Apapun isikan masa cuti sekolah ini dengan sesuatu yang menyeronokkan.  Kesihatan anak-anak, kebersihan juga patut diambil berat. Untuk kecergasan dan mendapatkan nutrien yang lengkap seharian boleh berikan mealshakes, omega guard dan chewable vitamin c untuk anak-anak dan diri sendiri.

credit dhiahaziq.blogspot.com



Selamat Bercuti Buat Anak-Anak dan Ibu-bapa 

Semua!!!



Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Your Trusted Distributor,

Idayu Ibrahim
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com





Thursday, 20 November 2014

Migraine Baca Kisah Mah & Suaminya!!!


Migraine kan? Lagi-lagi baca cerita Mah dan suaminya yang main kayu tiga belakang dia. Isteri mana yang tak sakit hati kan? Sabor jela. 



Agaknya macam ni lah rupanya Mah kalau migraine. Kalau muka camni abang tak cari lain kot. Kadang-kadang para isteri ni rasa banyak dah pengorbanan dia buat untuk suami tercinta kan. Tapi pengorbanan dia macam sia-sia terus bila dapat tahu suami curang. Ya, memang kecewa sangat-sangat.

Tak dinafikan buat para surirumah, hidupnya memang diabdikan untuk keluarga.

Terputus hubungan dengan kawan-kawan. Sibuk dengan anak-anak. Sibuk memasak, mengurus keperluan suami dan anak-anak. Sebab tu para isteri, ibu, menantu, bibik, doktor, jururawat, pakar ekonomi rumahtangga, kedai dobi ni digelar SUPERWOMEN!




Kat sini ayu nak share Kisah Surirumah yang mengalami masalah yang sama. Sibuk dengan urusan harian, disamping anak kembarnya. Tapi bezanya, suami dia masih setia kukorbankan. hehehe.




Tambahan bagi testimoni di atas, beliau surirumah yang beranak kembar, selalu berkebun pada mulanya, kemudian, kebunnya terbiar. Selalu penat. Bial berjumpa dengan s.i.d shaklee, beliau diberikan #Coqhealth untuk mengatasi masalah rutin hariannya yang memenatkan. Dengan izin Allah, beliau kembali ceria dan nampak lebih cergas. Alhamdulillah.

Buat surirumah yang selalu migraine, penat-penat badan, stress boleh mencuba supplemen Coqhealth atau B Complex yang juga elok untuk kesihatan badan.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa #tips untuk menangani tekanan :



 1) Lakukan apa yang kita suka / minat Seperti yang saya katakan di atas, saya suka mengemas dan menyusun atur kembali kediaman. Walaupun hanya bertahan sekejap sahaja tetapi sudah boleh melegakan perasaan ini. Ada surirumah yang suka memasak dan membuat kek juga. Apabila kek menjadi, dapat dirasakan satu kepuasan yang tidak boleh dinilai dengan kata-kata. Saya tidak suka membuat kek mahupun memasak kerana nanti saya malas untuk mengemas kembali dapur yang bersepah itu


 2) Cari ME Time atau masa untuk bersendirian Kalau boleh biar suami yang jaga anak-anak dan kita keluar bersama teman-teman sekejap. Bagi saya semasa anak masih 2 orang memang boleh keluar membeli-belah bersama kawan-kawan dan adik ipar perempuan saya. Tapi sekarang? Jangan harap! ME Time saya mungkin di dalam tandas walaupun hanya sekadar 10 minit! He he he Gurau aje, mungkin masa untuk bersendirian yang sebenar adalah pada sepertiga malam di mana kita boleh bersama dengan Sang Pencipta kita. Waktu ini nak mengadu apa pun boleh. 


3) Pergi Bercuti Alhamdulillah suami cukup memahami, sekiranya dia sibuk bekerja insya Allah apabila ada masa terluang kami akan pergi bercuti sekeluarga ke mana-mana. Percutian tidak semestinya harus ke luar negara sahaja tetapi cukuplah sekadar di bawah kemampuan kita dan dapat lari dari rutin harian yang sama. Anak-anak juga pasti gembira apabila dapat tidur hotel. Anak-anak saya, dapat bermalam di DEMC pun sudah dikatakan hotel! Inikan pula hotel yang sebenar. 



4) Menangis & peluk anak-anak rapat-rapat Ini adalah salah satu cara saya menghilangkan tekanan juga. Terutamanya apabila suami tiada di rumah keluar bekerja. Memang kadang-kadang tahap kesabaran ini selalu tercabar apabila anak-anak buat perangai masing-masing.


 5) Shopping online lah ~ apa lagi TAPI itupun jika akaun bank ada 3 angka ke atas. Kalau kosong, tiada maknanya juga kan? Saya suka apabila suami keluar bekerja outstation sebabnya masa ini lah saya akan gunakan peluang untuk bermanja (HAHAHA Tips yang berguna buat isteri yang selalu ditinggalkan ni). Tapi janganlah minta yang bukan-bukan pula ya Selalunya saya akan bagi hint lah sikit-sikit kemudian Whats App suami minta belikan barang itu. Tapi sekarang ini, kalau suami bawakan saya ke Ikea pun sudah cukup membahagiakan hati seorang saya yang bergelar surirumah.


Tengok cik puan isteri ni, relax jer, takde nak migrain. Be positive, You will get Positive things entire day!


So, kalau nak tahu macammana nak cantik pulak lepas penat jadi surirumah dari pagi hingga petang, boleh klik isteri cantik meletop!



Sebarang pertanyaan boleh hubungi

YOUR TRUSTED DISTRIBUTOR,

IDAYU IBRAHIM
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com

Tuesday, 18 November 2014

Jom ZuMbA!!!

i love zumba

Apa itu Zumba???Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.


Kenapa Saya Suka Zumba???

Mungkin waktu anda sedang membaca post ini saya sedang berzumba. Kenapa saya suka sangat dengan zumba selain senaman lain?

SEBAB :

  • Saya suka menari & mendengar lagu
  • saya boleh hilang stress bila berzumba/senaman
  • Keluar peluh & rasa lebih cergas
  • rasa lebih bersemangat


Kadang-kadang bila kita pergi jogging, macam akak kat bawah ni, jeling orang sana,




jeling orang sini, nampak badan diorang memang fit kan? kadang makcik-makcik, ah so yang satu group buat taichi, badan semua terjaga. Rasa ada eloknya kita start dari sekarang jaga kesihatan. Jadi, bila usia dah lanjut kita masih sihat dan masih larat buat senaman. In shaa Allah.


9 Kelebihan Zumba!



  1. PEMBAKAR KALORI-  Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
  2. SENAMAN KARDIOTambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.
  3. KUATKAN ABS & PINGGANG- Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.
  4. SESUAI UNTUK SEMUA UMUR - Seawal umur 4 tahun anak anda sudah ready untuk berzumba!
  5. TERAPI STRESSJgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
  6. LEKA DENGAN ZUMBA - itulah kelebihan zumba. Semasa anda melakukannya, anda tidak sedar waktu berlalu begitu pantas. Bestkan!
  7. BODY TONING
    sebab dah gelek sana gelek sini, lompat sana lompat sini, kata instructor tu badan kita akan shaping secara semula jadi jika dibuat dengan consistent
  8.  KAWAN BARU
    Bila masuk kelas-kelas di fitness. Boleh tambahkan networking baru. Tak rugi pun. Selain tu boost up level confident level untuk beramah mesra.
  9. IMPROVE ALERT KITA
    Bila dah terlampau lama kerja dekat pejabat atau menghadap kerja-kerja. Kelas zumba membantu kita untuk tangkas dan alert. Secara tak langsung membantu kita untuk kekal cergas dan alert supaya kita tak sengal-sengal dan slow. Sebab tarian zumba memang pantas.

Ok. Jadi semua dah tahu kelebihan ZUMBA kan? Boleh cari vcd zumba dekat Speedy untuk beginner. Trylah cari nanti ya!

Penat bersenam boleh ganti balik tenaga dan bendalir dalam badan. Gantikan minuman isotonik yang bergula dengan minuman kesihatan Performance Drink.


Performance drink ni elok untuk mereka yang aktif, banyak aktiviti luar, menggunakan tenaga yang banyak dan berkerja di bawah matahari.

Kita yg lepas bersenam, senang citer, siapa yang rasa lemah badan tak bertenaga, boleh ambil minuman ni selain minuman isotonik atau glukos lain.

Bagi siapa yang nak tanya apa-apa boleh hubunhi ayu

YOUR TRUSTED DISTRIBUTOR

Idayu Ibrahim

012-5040086

bazaarsupplimentanda@gmail.com

Monday, 17 November 2014

Semua Isteri-Isteri, Wajib Tau Senaman Ni!

Kebanyakan wanita yang sudah melalui proses bersalin, sering mengadu, 


  • sakit belakang badan, sakit pinggang
  • susah nak mengawal buang air kecil
  • turun kadar keintiman bila 'bersama' suami
Adakah anda mengalami simptom di atas?


masalah intim boleh diatasi dengan supplement Alfalfa - In shaa Allah 


Ada juga yang mempunyai masalah tombong. Atau peranakan jatuh. 



Apakah punca punca kejadian prolapse? (rahim jatuh) 


i) Faktor Baka

Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama.

Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan.

Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.


ii) Kurang Exercise

Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. 

Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. 

Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.


iii) Kehamilan dan Kelahiran

Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim. 

Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. 

Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.


iv) Menopaus

Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan. 

Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.


v) Ketumbuhan Dalam Rahim

Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.

Senaman untuk wanita mengandung, prolapse, tombong dan peranakan jatuh.

Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul

Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.

Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.

Senaman Yang Sempurna

Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.

Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.

Jangan menahan nafas ketika melakukannya.

Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Keberkesanan

Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.


Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten. 

Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.

Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus.

Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.



Faedah Senaman Kegel

1) Berupaya mengetatkan vagina

2) Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan

3) Mengurangkan masalah buasir

4) Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang

5) Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran

6) Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin

7) Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis

8) Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina

9) Menguatkan otot vagina - seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium

10) Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah)


BAGI MEMBANTU MASALAH INI, SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN IALAH

ALFALFA



Antara manfaat alfalfa untuk kesihatan dalaman wanita ialah :
  • Mengurangkan keputihan
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Mengurangkan simptom menopaus seperti hot flashes (mengikut kajian University of Michigan Health System)
  • Mempunyai fungsi seperti kacip fatimah iaitu mengetatkan bahagian intim wanita
  • Mencegah rahim jatuh (prolapse)

Walau bagaimanapun, alfalfa tidak sesuai untuk :
  • Wanita hamil kerana boleh menyebabkan keguguran
  • Pesakit auto-imun seperti SLE

ESP Shaklee



ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak & ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap & banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.

oklah. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi 

Your trusted distributor,
Idayu Ibrahim
012-5040086
bazaarsupplimentanda@gmail.com